Friday, December 31, 2010

Apa Khabar 2010? ^^




Assalamualaikum,

Nmpaknya, semua orang dah mula citer kisah suka dan duka 2010 dorang.
aq pon nak citer gak nieh, haaa, dgr2!!! :P

So, Rasanya xda apa yang menyedihkan berlaku , Alhamdulillah semuanya baek2 sahaja , diberikan kesihatan yang berpanjangan huhu, cuma beberapa perkara yang agak mengabrakan sejak akhir2 nieh, haha tapi dapat diatasi dgn releknya (relek la sgt), hehehe

So bagi aku, i got an Happy 2010 dairy haha, Saat entry ni ditulis masih ada 15jam lagi sebelum tahun 2011, So dlm 15jam nieh mungkin macam2 akan berlaku, Harap semuanya perkara yang mengembirakan. So rasanya, tk tau nk tulis apa lagi, hahaha, hope u all pon happy2 tau.no bad face yeah!! hehe.. Oh lupa.... plans for next year yew, rasanya, Making my 2011 story more Happy n full of smile!!! yeahh, wahhahaha







*ramai org tnya ttg pic profile baru kt fb uh, "razak nape muka nmpak laen?" errr, aq pakai cermin mata kowt? hahaha

*wahaha, ingat x ttg entry yng dulu2 berkenaan ngan daet, kalau tgk sendiri tak tau ada perubahan x, so nk mntak kawan2 tgk kan, hahaha anything change? hehe

pasni bleh la target jadik cam fahrin ahmad,waaaa ^^



*hati ni rasa gelisah,happy,takut,malu, makan sarapan pon rasa cam knyang je, padahal lapar nieh, hahaha ,| apo kono nieh!!?? ^^ :P



Tuesday, December 28, 2010

Bila Si Besar bertemu si Kecik

Assalamualaikum,

Haaaa, Balik2 terus update blog, nmpak sgt dah suka berblog, hehehe..
Nak citer nieh,Dngar2 :P.

Harini bawak family tgk Wayang, patut smalam, tapi ada hal , so batalkan, mula2 nak tgk narnia 3, tapi cam dah lama (cd dah kuar haha), so ambik keputusan tgk Gulliver's Travels



So far, sgt2 best!!!! So korang,bila nk g tgk? hehehe

pas dah habis tgk, lepak food court pastu tgk pameran Road Tour proton, Cuma nampak Ally iskandar je, x nmpak fara fauzana!! baru nk bergambar, huhuhu

btw, bawah ni pic yng sempat ambik, so enjoy!! huhu







sejak 2 hari yng lepas, dah mula mendownlod lagu2 encik Bruno Mars haha, dan yng paling lawaknya, dia yang nyayi lagu nothing on you ngan belioanare rupenye!!! wahaha troknye,suka lagu tapi tak tau penyanyi dia, lalalala :P



*Tetiba rasa badan berotot!!! whahahahha

Monday, December 27, 2010

Menari la Menari

Assalamualaikum,
entry kali ni, nk ceritakan, betapa meriahnya rumah korang kalau ada adik perempuan, haha.
adik aq ni suka menari, aq pon x tau sejak bila dia ni suka menari, Wahahaha, Kekadang uh, penuh 1 rumah ngan member2 dia, rasanya dlm 5 - 6 org la jugak haha. Vdo kat bawah uh aq rakam secara tersembunyi tadi kt bilik atas, rasanya sorang uh dah prasan, hahaha. btw, blakang tmpat dorang menari uh bilik aq, so paham2 lah, betapa HAPPYnya aq bila dorang menari masa aq tido, hahaha :P, so enjoy!



Rasanya dorang ngah wat latihan untu pertandingan menari ape tah, bleh la g rakam nanti, huhuhu.

btw, dorang ni pon model2 kecil aq hahaha,nak arahkn budak2 ni pose pon senang, ala.. budak kecik je pon, apa nk malu, lalala.

*Ngah download balik lagu Brian Mcknght!!! Sob2, Pendrive hilang!!!! T.T

Saturday, December 25, 2010

Main Air

Assalamualaikum ^^.

Harini pergi Water World Melaka, pergi dengan member2 je, so, kitorang seramai 40 org, eh silap, 4 org Aq(razak ^^), Apis Latif, Apis Hamid , Cipan (nama manja) . Kitorang berlepas dari rumah dalam pukul 9 lebih, dan sampai kat Perkarangan Afamosa dlm pukol 10 rasanya, sampai je perkarangan, OhDasyat!!! banyak betul kereta, aww!!! so mmg dah agak lah, mesti ramai org nieh. lepas dah carik parking , terus g kt tempat tiket, dari jauh dah nmpak, ramai sungguh org nk beli tiket kat Waterworld.. Masing2 masa tu dah mengeluh, "kene berbaris la nmpaknya" haha, So, bila dah sampai dekat je, =.=" kuanter tiket xda org pon, aq pon rasa pelik, apa kene ramai2 kat luar nieh, wahhahha, so dgn suka hatinye, teros beli tiket dan masuk water world.


(ramai kan org, kat blakang tu lagi ramai, tah ape la dorang wat kat luar, x beli tiket plak uh, tunggu giliran nek unta kowt wahahah ^^ )

So kat dalam macam biasalah, carik tempat lepak, tukar baju, then berendam!!! yeaa!!!!
banyak2 ride, ada 1 ride je yang sgt2 best, ride yang bleh nek 4 org skali uh, wahhahaa, jumpa conner je, terus wat drift!! whahaha best2,

lupa cakap, harga tiket dia untuk sabtu dan ahad, rm40, siap makan, Nasi Ayam dan air tin.

rasanya, tak tau dah nak tulis ape, sbb, badan rasa cam nak demam je, hahaha, so enjoy pic2 kat bawah nieh, huhu




















*merujuk entry di bawah, kali ni, adik aq buat Tagteam =.=" | T.T~~~tolong!!!
btw, yng dia kaco plak semua dah berpunya, Ades. Naya tol =.="

Wednesday, December 22, 2010

Apa Perasaan anda?



Haaa, Nak tanya korang "lelaki" (kalau ada yng baca lah) haha,
apa perasaan korang bila ada seorang adik perempuan diantara darjah 4 dan 6, Dimana, dia suka menyakat korang, wahahaha. dan, lebih2 lagi kalau dia ada Facebook, wahaha, dimana, adik korang ni akan tgk setiap status komen korang. dari situ, dia akan mengosip kan korang ngan sesapa saje gurl yang komen kt status korang, wahahhaa. err korang paham x ape aq ckp nieh, haha...

Haaa, Itulah adik perempuan aku. kekadang, aq rasa takut bila dia on9 facebook. kahkahkah. btw, rasanya dah 3 org gurl adik aq gosipkan, jenuh aq nak jawab balik =.=, nak je aq bukak acc adik aq dah delete member2 aq yang adik aq add, wahaha, tapi cam kejam plak, aq ni baek, Wahahha

btw, ada adik perempuan ni best, boleh tlg basuhkn baju , lalalallala
sib bek adik aq x layan blog, haha

Disaat aq tulis entry nieh, dah 4 hari aq x makan nasi, makan sup je, haha pencampaian terbaik. ^^

Monday, December 20, 2010

Man vs Food

Assalamualaikum,
Selamat datang ke bahagian makanan,
hehe Im not a profesional chef or anything , just aq suka memasak, kakakakka!! 
So, kalau aq ada masa, nanti aq akan post masakan kat sini, so u guys bleh reffer kt sebalah kanan tuh >>
ada update untuk bahagian nieh. huhu, so enjoy cooking n smile always. >.<




Kuih Onde - Onde @ Kuih Melaka

Assalamualaikum!


Heeeeeeeeeeeeee Yip! Kali ni Kita buat Kuih Onde-onde @ Kuih melaka, resepi kuih petang paling simple dan senang dibuat, huhu



So Bahan2 yng diperlukan


 gula Melaka


 Tepung Pulut


 Kapur sireh


daun Pandan dikisar

Lain2 bahan asas:
Garam
Gula
Kelapa parut bersih

Senang kan bahan2 dia.. haaa mmg senang try la huhu

ok

Mula2 sekali 


Gaulkan Pandan yng dah kisar tadi (tapis dulu ye),sedikit kapur sireh, garam dan sedikit gula, gaul smpai semuanya sebati dan liut2 


then, ambik sedikit tepung tadi dan letakkn gula melaka kt tgh2 dan jadikann bentuk bulat 


Then rebuskan, kalau nk tau dia dah masak or belum. kalau tepung tuh dah terapung2 smbil melambai tgn kt korang, maknanya dah masak laa tuh, keluarkan. >.<


Last skali, Gaulkan ngan Kelapa Parut tadi, dan siap dihidang untuk dimakan bersama keluarga tersayang, hahaha

senang x? hahaha have fun! >.<






^^  Keow Teow Kuah ^^

Heeeee, ptg tadi buat keow teow kuah ( kuah kot hahaha ),xda apa nk mkn ptg tadi, tgh hari tadi pon makan kt luar ngan family sbb ibu x masak arini, so tnya family,semua tgh lapar, pa lagi kasi berasap la dapur kejap hehee  So, enjoy hehehe

So what do u need to make a Keow Teow Kuah :

 Keow Teow 

 Ayam yang telah dihiris dan Udang yang telah dibersihkan

 Bawang besar,kecil dan telur

 Cili giling@boh

 Fishcake,Hirisan daun saderi,kucai dan cili padi(kalau nk pedas lah xD)

Bahan2 biasa ^^


Jom mulakan huhuhu 

 Rebus udang sampai masak, then tos kan dan air rebusan jgn buang tau.


 Sambil2 tuh, Tumiskan bawang besar/kecik dan hirisan ayam

 Then dalam 1min, masukkan cili boh/giling dan tumis selama 1min lagi, kemudian baru masukkan bahan2 seperti sos tiram,kicap dan fishcake dll.

Then, Masukkan udang dan air rebusan udang tuh,pastu masukkn daun saderi,kucai,telur dan biarkan sampai anda rasa nak tutup api tuh, hahaha >.<

 Last sekali, gorengkn sedikit keow tiow tuh dgn sedikit mnyak dan sedikit kicap (api kasi slow yew >.<)



So, ni hasilnya bila dah siap, huhuhuhuhu 

ENJOY! 

^^ 





 MAKARONI GORENG

Assalamualaikum,

hey3, Chef Razak kembali lagi, kali ni dibantu oleh Assistant ku Cik Ina!! hahaha xD
So, arini tetiba ibu suruh buat Makaroni, pas bincang2, ambik keputusan buat Makaroni goreng!!! yeayy!!! hahaha




Assistant aq, cik Ina. haha

So Enjoy!

Bahan:
- Makaroni
- Ayam
- Bawang besar
- Bawang Kecik
- Sos tiram
- Kicap masin
- Sos Sotong
- Sos Cili
- Garam
- Telur


Makaroni jenama SAN REMO menjadik pilihan


Antara bahan2 perasa xD


Ok, 1st rebus makaroni tuh, jgn rebus sampai masak, rebus setenggah masak je tau, sbb kalau lembik nanti x sedap dimakan.. huhu


Rebus2 >.<

Sambil2 merebus tuh, sediakanlah bawang besar/kecik dan hirisan daging ayam


untuk keselamatan, pakai la google supaya mata tak pedih!! haha

So, seterusnya macam biasa, tumiskan Bawang besar/kecik dan daging ayam sampai kekuningan


Macam ni >.<


then, baru masukkan bahan2nya, 1st masukan telur dulu, pastu baru masukkan bahan2 cam kicap dan lain2..lepas semua dah masukkan, baru masukkan makaroni uh. :)


macam ni


So goreng la sampai Kering dan elakan hanggus yer!! hahaha


so in the end, lepas letak sedikit hiasan, jadik la macam nih.




Wahahahah >.<






* sebenarnya makaroni ni dah hanggus skit, hahaha >.<

^^


















SUP 1
Assalamualaikum,
Haaaaa, Jom Buat "sup Special Chef Razak", Wahahha

Bahan2 nya : Tauhu Jepon,Cendawan Cina,kentang,Carrot,Telur, dan penambah perisa yang laen.

Mula, Gorang Tauhu Jepon uh macam ni.

Gorang lah sampai dia jadik Kekuning-kuningan cam ni dan asingkan ke tempat lain, sbb kita nak guna minyak tu balik untuk kita gorang sedikit Kentang dan lobak (jgn smpai hangus haha)




Sambil2 kita gorang Kentang dan Carrot nieh, Ambik kuali laen dan panaskan Air.Lepas dah siap mengorang kentang n carrot nieh, Pindahkan Kedua bahan ni ke kuali yang diisi ngan air tuh (air x perlu mendidih pon xpa ye.


Sambil2 tuh, Baru Tumiskan Bawang dan masukkan sekali Cendawan cina uh dan perencah2.


Lepas air di kuali yang len tuh dah mendidih, Masukkan lah Semua bahan2 yang ada kat dalam kuali mengoreng uh dan masukkan juga tauhu tu .

then masukkan telur

Dan Biarkan sampai dia betul2 masak.

dan

Bila dah siap,
Jadik la macam ni




Haaaa, Pada sesapa yang nk cuba tuh, boleh la cuba kt rumah, ^^