Sunday, February 27, 2011

hina di sisi Allah s.w.t

Assalamualaikum,

aq tertarik ngan apa yang FB syahirul.com tulis tadi



 Sesiapa yg berpura-pura alim di depan manusia kerana mengharap pujian, maka dia telah menjadi seorang yg hina di sisi Allah s.w.t


Allah Subhanahu Wa Ta’ala befirman (dalam hadith Qudsi): “Akan wujud beberapa kaum yang berpura-pura dalam kekhusyu’an, mereka memakai kulit-kulit domba halus di hadapan manusia (berpura-pura), lidah-lidah mereka lebih manis daripada madu,... hati-hati mereka lebih pahit daripada tanaman sejenis jadam (rasanya sangat pahit), maka atas nama-Ku, Aku bersumpah untuk menurunkan fitnah dan cubaan yang menjadikan orang yang lembut menjadi gundah. Apakah mereka hendak menipu-Ku ataukah mereka berani kepada-Ku?” (At-Tirmidzi, no. 2404 dari Abu Hurairah dan no. 2405 daru Ibnu Umar. Lihat Al-Misykat no. 5323, 2354 dan Targhib wat-Tarhib, no.41)


 Abu Hurairah (ra) mendengar Rasulullah (saw) bersabda: “Sesungguhnya golongan yang pertama kali dibakar dengan api neraka pada hari qiamat nanti ada tiga orang.” Rasulullah (saw) menyebutkan tiga golongan manusia ini, iaitu; seorang alim at...au yang membaca Al-Quran, seorang pedagang dan seorang mujahid. Mereka semua melakukan pekerjaan dengan riya‘ dan sum’ah, tidak ikhlas kerana Allah. Allah akan memasukkan mereka terlebih dahulu ke dalam api neraka sebelum yang lainnya.”
riwayat oleh Imam At-Tirmidzi daripada Syafi Al-Ashbuhi (ra)



“Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan (maksudnya: apa yang mereka usahakan di dunia itu tidak ada pahalanya di akhirat).” (Hud: 15-16)



*uhh!, seriusly, aq takut ini terjadi.

No comments:

Post a Comment